Sabtu, 9 Januari 2010

AL-MUQADDIMAH



SEMANGAT DALAM MENCARI ILMU PENGETAHUAN
" Berangkatlah kamu dalam keadaan ringan atau berat dan berjihadlah dengan diri dan harta kamu di jalan Allah S.W.T. "
(Surah At-Taubah 9:41)
Semangat keislaman yang tinggi sudah dapat di lihat pada setiap belia-belia di zaman para-para sahabat dimana kanak-kanak pada ketika itu sentiasa di dalam genggaman tangan kedua ibu bapa mereka bukan untuk dibelai dengan sifat kemanjaan yang berlebihan tetapi genggaman sebagai cahaya yang sentiasa menerangi hati dan jiwa anak-anak dengan kepentingan ajaran islam.
Cintailah anak-anak dengan rasa cinta berjiwa Islam semoga anak-anak juga belajar menyintai keindahan Islam. Dengan rasa Cinta Islam terdidiklah anak-anak yang berjiwa kental, semangat, kuat, sabar, sentiasa tenang untuk menghadapi segala ujian yang tiba dan tabah di uji dengan redho.


ZURIAT YANG BAIK ADALAH DARI IBU BAPA YANG SENTIASA ISTIQAMAH DENGAN BAIK. 
AMAZING RECITATION OF THE QUR'AN BY A YOUNG CHILD
SALAM DUNIA
UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN SEBENARNYA SEMUANYA BERMULA DARIPADA MENGENAL DIRI SENDIRI TERLEBIH DAHULU. TERUTAMA DI DALAM DUNIA KEUSAHAWANAN KITA MEMANG PERLU MENGENALI DIRI SENDIRI  DAN KITA MEMANG BERNILAI TINGGI MAKA DENGAN KEWUJUDAN NILAI YANG TINGGI INI DIRI KITA AKAN DI HARGAI.
KEJAYAAN BUKAN SATU KEBETULAN..
KEMISKINAN BUKAN PENGHALANG..
KEKAYAAN BUKAN UNTUK DI BANGGAKAN..
TETAPI APA YANG UTAMA USAHA UNTUK MENCARI KEJAYAAN MENGGAPAI KEKAYAAN MEMBASMI KEMISKINAN SANGAT MEMERLUKAN KETABAHAN DAN KESABARAN.
HANYA DENGAN DOA, USAHA DAN TAWAKAL DAPAT MENGUATKAN KESABARAN DI DALAM MENGGAPAI IMPIAN YANG SEMPURNA.
SEMUA YANG KITA HASRATKAN..YANG KITA MAHU..YANG BERKEHENDAK..YANG KITA AZAM DAN TARGETKAN SERTA YANG KITA CITA-CITAKAN SEBENARNYA ADALAH DOA BERPANJANGAN YANG KITA PANJATKAN. SESUNGGUHNYA HANYA ALLAH S.W.T TEMPAT KITA BERMOHON DI MURAHKAN REZEKI YANG HALAL DAN KEKUATAN IMAN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan